Yang bernama CINTA

Cinta mmg perasaan yg menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yg sentiasa baru dari zaman ke zaman dlm hidup manusia. lebih daripada itu, cinta itu lebih tua drpd alam kerana atas dasar cinta lah Tuhan menjadikan alam ini....

William Shakespearre pernah menulis, "manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, ttp bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yg satu.

Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata cinta semakin mempersona dan mengasyikkan dan juga semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. tiada kisah teramat manis drpd kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri drpd putus cinta, yang termanis drpd yg manis di dunia ini ialah pujian kekasih yg terlontar drpd rasa cintanya. ...

Namun ingat, cinta monyet ialah cinta kanak-kanak, cinta palsu sekadar pasu bunga, cinta saku merosak saku merosak wang, oleh itu bercinta lah berpada-pada. Bak kata lirik ziana zain, kalau mancari teman, dari kau becinta-cinta, baiklah berumah tangga, kalu mencari teman janganlah memandang luaran, cariklah yg beriman.... Oleh itu, bercintalah dgn sepenuh hati kerana cinta sejati mmg tdk terungakap dgn kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan pencintanya.....

Bak kata Bung Karim, " Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan bererti alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa....

Bak kata Hamka, "Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedan silu, tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan".

Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-farabi bahawa cinta yg ditujukan kepada pemuasan hawa nafsusebenarnya cinta yg di ilhamkan Tuhan utk binatang...

Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yg turun dr langit, bersih dan suci. Jiak jatuh kepada tanah yg subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keihklasan, setia budi pekerti yg tinggi dan lain-lain perangai yg terpuji.

Jom BerCINTA ....

No comments:

Post a Comment