mengelamun dalam berkhayal....

Dingin nya angin malam ini menyapa tubuh ku...

namun tidak dapat menghangat kan jiwa ku ini

siapa lah aku ini, untuk memintal buih yg memutih

menjadi permaidani spt mana yg tertulis dlm novel cinta

mustahil bg ku menggapai bintang dilangit ...

sungguh aku x termampu...

seharusnya aku cermin kan diri ku

sebelum tirai kamar aku buka utk mengintai mu....

pergh.... jiwang siot ..........

OUT of MIND today ......




27.12.2009

hari ni memang bosan.... x tau nak bwat apa.. sume yg dibuat serba tak jadi....
member call ajak kuar tgk wayang, jual mahal... x nak tgk..., alasan, citer tak sedap..., hah..ambek, skang x tau nak bwat aper... :(






SARAWAK

video ni di rakam masa kat perkampungan budaya sarawak....

Serba Salah Aku ......

Bak kate pepatah, ditelan mati mak, diluah mati bapak..., ermmm, x tau nak telan or nak luah yg mana satu, ader kawan, mcm x der kawan, kalu ader pon kawan makang kawan... ader ke patut...ader awek serupe mcm x der awek, baik single jer.., tp sampai bile nak membujang... umur makin lama makin naik..., muke pon makin lame makin kedut, ader ker patut... bile buat baik, org salah anggap... pikir yg bukan2x..., tp bile niat nak buat dajal tu, ader jer yg menghalang... ader ker patut..., jadi serba x kene hidup ni...., tu la pasal, manusia ni mane pernah puas... bohong la kalu mereke kate mereke puas dgn aper yg mereka ader, tp, ujung hati mereka mahukan lebih dari tu..., ader ker patut...aku yg tgh meniap blog ni pon jadi serba salah...,

ader ker patut...,

lama x update ....

salam... lama dah x update blog ni..., malas bercampur rajin jadi nyer....
bermacam masalah melande kebelakangan ini...., tapi, x per...
internet rumah aku kalu dah siap, aku akan jadikan blog ni, update seupdate nyer....
sekarang ni, kire macam proses berpantang la...
huhuhu....

Yang bernama CINTA

Cinta mmg perasaan yg menakjubkan. Ia ibarat sebuah barang antik, suatu benda lama yg sentiasa baru dari zaman ke zaman dlm hidup manusia. lebih daripada itu, cinta itu lebih tua drpd alam kerana atas dasar cinta lah Tuhan menjadikan alam ini....

William Shakespearre pernah menulis, "manusia mati dari semasa ke semasa dan badan mereka dimakan ulat, ttp bukan kerana cinta." Malah cinta itu datangnya dari mata turun ke hati, berendam dalam dada dan mengharap pemberian kepada yg satu.

Semakin banyak engkau memuntahkan kata-kata cinta semakin mempersona dan mengasyikkan dan juga semakin sepi hatimu dan semakin engkau gilakan cinta. tiada kisah teramat manis drpd kisah cinta. Tiada kisah teramat ngeri drpd putus cinta, yang termanis drpd yg manis di dunia ini ialah pujian kekasih yg terlontar drpd rasa cintanya. ...

Namun ingat, cinta monyet ialah cinta kanak-kanak, cinta palsu sekadar pasu bunga, cinta saku merosak saku merosak wang, oleh itu bercinta lah berpada-pada. Bak kata lirik ziana zain, kalau mancari teman, dari kau becinta-cinta, baiklah berumah tangga, kalu mencari teman janganlah memandang luaran, cariklah yg beriman.... Oleh itu, bercintalah dgn sepenuh hati kerana cinta sejati mmg tdk terungakap dgn kata-kata kerana ia menghiasi perbuatan pencintanya.....

Bak kata Bung Karim, " Cinta kepada harta bererti bakhil, cinta kepada perempuan bererti alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya takwa....

Bak kata Hamka, "Cinta bukan melemahkan hati, bukan membawa putus asa, bukan menimbulkan tangis sedan silu, tetapi cinta menghidupkan penghargaan, menguatkan hati dalam perjuangan, menempuh onak dan duri penghidupan".

Manusia membunuh, menindas demi memenuhi cinta palsu atas nama kemanusiaan, sedangkan cinta sejati sesama manusia semakin dilupakan apatah lagi cinta sebenar terhadap Tuhan. Manusia lupa kata-kata ahli fikir Islam, Al-farabi bahawa cinta yg ditujukan kepada pemuasan hawa nafsusebenarnya cinta yg di ilhamkan Tuhan utk binatang...

Cinta itu adalah perasaan yg mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yg turun dr langit, bersih dan suci. Jiak jatuh kepada tanah yg subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keihklasan, setia budi pekerti yg tinggi dan lain-lain perangai yg terpuji.

Jom BerCINTA ....

Teman Sejati

Teman sejati dijelaskan Rasulullah S.A.W dalam sabda yg bermaksud, "ibarat teman baik itu adalah seumpama seorang yang membawa haruman kasturi, walaupun tdk dpt memilikinya, namun kita tetap dapat menghidu bau harumnyadan bandingan teman yg jahat itu seperti tukang besi yg menggunakan alat hembusan nya, biarpun tdk terkena habuknya yg hitam, tetap terkena juga asapnya...( Hadis riwayat Abu Daud)

Menjalin persahabatan dgn teman yg soleh lagi bertakwa akan menjulang temannya itu ke mercu kemuliaan dan kesejahteraan, tetapi bersahabat dgn teman yg jahat pula hanya membawanya ke lubuk kehinaan dan kecelakaan yang tiada penghujung nya...

Seorang ahli hikmah pernah menyatakan, " Sesiapa yg ingin bersahabat dgn 8 jenis manusia, makan akan bertambah 8 pula akibatnya...,

  1. sesiapa yg berkawan dgn org kaya, maka akn bertambahlah cintanya kpd dunia
  2. sesiapa yg bersahabat dgn org gakir miskin, maka bertambahlah rasa syukur dan redha dgn rezeki diperolehnya
  3. sesiapa yg bertemankan pemimpin, bertambahlah kecongakan dan kesombongannya.
  4. sesiapa yg bersahabat dgn wanita bertambahlagh kebodohan dan nafsu syahwatnya
  5. sesiapa yg bergaul dgn anak-anak atau kanak-kanak, maka bertyambhlah sifat suka bermainnya dan membuang masa
  6. sesiapa yg bersahabt dgn orang fasik, maka bertambahlah keberaniannya utk berbuat dosa dan menangguhkan taubat kpd Allah
  7. sesiapa yg suka bergaul dgn org solih, maka akan bertambahlah keinginannya utk taat kpd Allah
  8. akhirnya sesiapa yg suka berkawan dgn ulama, maka bertambhalah ilmu dan sifat waraknya..

* bak kata pepatah dlm lagu teman sejati:

Selama ini, ku mencari-cari teman yg sejati ...... kini kutemui .....